salam perjuangan semoga ukhuwah sesama islam sesama bangsa terjalin erat. Sama-sama kita berdoa agar negara kita terus dirahmati ALLAH dengan mengurniakan pemimpin yang beriman dan bertakwa. Pilihanraya ke-12 sudah pun berlalu namun peninggalannya sudah mula dirasai. hari demi hari kita digemparkan,digoncang emosi kita apabila pelbagai isu dibangkitkan oleh masyarakat tentang kehidupan realiti. bukan mimpi dan janji kosong sebelum pilihanraya yang ditaburkan tetapi momokan yang menyedarkan kita tentang kehidupan sebenar, Malaysia negara Demokrasi berparlimen Raja Perpelembagaan.
kegagalan Barisan Nasional mempertahankan majoriti 2/3 kerusi parlimen jelas menandakan rakyat mula hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah. orang melayu gagal memberi sokongan kepada UMNO, orang cina hilang kepercayaan kepada MCA dan Gerakan dan warga india mula tidak menyokong perjuangan MIC dan PPP. persoalannya kenapa mesti disalahkan Pak Lah di atas "kekalahan" ini? realitinya yang 'kalah' adalah UMNO,MIC,MCA,PPP,Gerakan. kenapa tidak sama - sama kita bertanggungjawab di atas 'kekalahan' ini dan sama - sama perbaiki kesilapan dan kelemahan yang berlaku. jangan kita bersikap negatif dengan "bakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk". perpaduan antara Melayu,Cina,India dan bumiputera sabah sarawak bukan baru tetapi sejarah membuktikan kedaulatan negara kita mampu dipertahankan kerana kemurniaan hati masyarakat berbilang kaum di negara kita menghormati sejarah negara dan perlembagaan negara yang telah dipersetujui dan dijunjung tinggi sebagai 'kitab rujukan' dalam pentadbiran negara.
jesteru itu, harapan besar patut kita kongsi bersama dengan semua warganegara Malaysia yang cinta negara ini agar dapat bersama berganding bahu mempertahankan perlembagaan negara dengan mempertingkatkan pemahaman kepada isi kandungan yang terkandung dalam perlembagaan negara. penyelesaian konflik antara agama dan bangsa di malaysia perlu diselesaikan segera agar ia tidak menjadi 'api dalam sekam' yang akan membakar semangat perpaduan dan keharmonian yang telah dipertahankan 51 tahun selepas kita berjuang untuk kemerdekaan negara. DAULAT TUANKU! CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG NEGARAKU MALAYSIA TERCINTA.
Thursday, May 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
a'kum
den nak bg pandangan skit. izinkan den yo. hujah sedaro tidak perlu terlalu retorik kerana ia tidak bersandar kepado fakta.
org cino dah lamo tak suko dengan ong ka ting dgn keng yaik. org india dah lamo menyampah dongan samy vellu.
rakyat mmg hantar msg pado org no wahid tu sbb pengurusan yang lomah dan tindakan yang banyak melukokan hati rakyat khususnya Melayu. bukan sobab diorg suko na dgn pembangkang mahupun nuar sodomi.
teruskan berposting. moga blog ni sukses.
yup betul kata kau paneh. org cina dgn india dah lama tak suka pemimpin mereka tapi mereka masih beri sokongan pada BN dulu sebab Tun Mahathir pandai jaga hati orang Melayu dan kaum2 lain. jadi sokongan lebih kepada Tun Mahathir kerana pengurusan negara yg baik itu.
Kekalahan kini mmg sebab paklah sbb dia ketua yg menentukan calon BN yg tewas tu. msg jelas yg org tak suka dia dan bukannya BN. undur jelah paklah. kaji balik kenyataan Tun Mahathir tu. pengurusan dan tindakan pun lemah. pembangkang dah ambil kesempatan sebab kelemahan kau itu.
p/s: apahal ko masuk blog ni paneh?
stuju dengan pendapat abg di atas..paneh & che din
bukan saya tak sukakan paklah.. cuma masanya dah sampai. perjuangan mesti di teruskan.. lagi lama paklah perintah ditakuti orang akan mengingati beliau sebagai perosak.. saya sayang paklah.. cukuplah
salam,
Awat hangpa habaq lagu tu? Sikit2 Pak Lah yang salah la, tak kena lagu tu la, lagu ni la..hangpa penah pikir dak waktu UMNO kalah banyak kerusi di 5 negeri tu mana dia Majlis Tertinggi UMNO..depa wat apa...ada depa tolong Pak Lah menjawab pelbagai isu yang dilontaqkan kepada kerajaan BN.
salam bani tanjong
kalo mcm tu kami juga nak tanya, kenapa hanya majlis tertinggi je yg turun ke 5 negeri yg kalah tu untuk berjumpa akar umbi umno? kenapa paklah tak join skali?
kenapa perjumpaan dgn biro penerangan umno bahagian takde soal jwb semasa jumpa paklah di pwtc? paklah takut nak soal jwb dgn akar umbi ka?
jgn mengharapkan sokongan simpati. perjuangan paklah sudah selesai.
Post a Comment