Thursday, May 8, 2008

Di mana Melayu PAS dan ADIL?

isu pertikaian tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tidak perlu hanya dilihat dari aspek parti. Ia adalah isu mencabar kredibiliti Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri yang mempunyai Sultan atau Raja. Jangan kerana dasar Pakatan Rakyat yang dipersetujui, parti Islam SeMalaysia (PAS) dan parti Keadilan Rakyat (Adil) tidak menyatakan sebarang komen apatah lagi bantahan terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh di atas kelantangannya. Sanggupkah membiarkan institusi raja dan kedaulatan Raja Berpelembagaan dicabul oleh 'sahabat' dalam Pakatan Rakyat sedangkan yang dicabul itu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri Perak yang nyata Melayu dan Islam?

2 comments:

paneh said...

Cara Karpal dianggap derhaka - Nik Aziz

pika said...

di mana melayu dan adil?
soalan mudah untuk dijawab.. dah xde melayu dalam pas dan adil.. hanya nama semata-mata.. hang tuah bg tau "takkan melayu hilang di dunia" mmg melayu takkan hilang tp melayu lebih merintih di bumi sendiri.. sudah hilang kuasa.. semua angkara pas dan adil.. penderhaka yg utama, Anwar Brahim!!